Seperti mana yang maklum, tugasku di sini adalah sebagai Pegawai Perikanan, yang ditugaskan untuk menjaga bot - bot universiti yang mana ada 4 semuanya, tetapi bila mana aku naik ke atas bot, secara automatiknya aku bukan seorang Pegawai Perikanan lagi, tetapi menjadi Chief Officer, di bawah Kapten membantu semasa pelayaran. Kebiasaannya, pelayaran hanya melibatkan sekitar perairan Terengganu, meliputi Pulau Bidong, Pulau Redang, Pulau Kapas, perairan Kerteh, Kemaman, dan paling jauh setakat ni ke Telaga Minyak Resak, 18 jam perjalanan. Nama vessel di bawah kawalan aku adalah DISCOVERY I, DISCOVERY II, DISCOVERY III, dan DISCOVERY VII. Maaf gambar DISCOVERY III dan DISCOVERY VII tiada untuk dikongsi, but nanti if ada akan di'post'kan untuk semua, dan kali ini aku ingin memperkenaklan senarai bot yang dibawah kawalan aku untuk dikongsi bersama.
DISCOVERY I DAN DISCOVERY II
DISCOVERY I
DISCOVERY II
3 comments:
shipp..ship....tooot...tooot....
Meh laa naik...ade brani???
taknak arr..mabok laut :p (alasan)
Post a Comment