Assalamualikum and a very good morning
Pejam celik sudah 1 tahun dan 8 hari aku bekerja di UMT. Begitu cepat masa berlalu, dan rasanya macam semalam aja baru aku lapor diri di sini, dan bekerja bersama - sama di Unit Bot Latihan Perikanan. Bagi aku, ini adalah satu pengalaman yang amat - amat menarik, tidak pernah aku merasakan kerja di mana aku perlu turun ke laut, belayar, membawa bot, membuat kerja - kerja carta, menunda, mengambil sample ikan, tanah, air, diving, mencandat dan banyak lagi laa perkara yang tidak dpt disebut yang mana aku lakukan sepanjang aku bekerja. Pelbagai juga suka duka, ragam dan perangai, pengalaman yang aku perolehi sepanjang bekerja. Maybe salah satu darinya adalah bagaimana aku merasa belayar di dalam ribut buat pertama kali dalam sepanjang hidupku, yang mana berlaku semasa perjalanan balik kami dari membuat kerja - kerja sampling Dr Kamil di Kerteh. Kebetulan mlm itu adalah mlm duty aku membawa bot, dan di radar aku nampak gerombolan awan membawa ribut. Semasa masuk ke dalam kawasan ribut hanya Allah yang tahu perasaan aku ketika itu, kerana aku belum pernah menghadapi situasi sedemikian, dan sepanjang perjalanan aku berselawat dan berdoa agar tidak ada apa2 yang berlaku sepanjang perjalanan menuju ke Pulau Kapas untuk 'anchor' di sana. 3 jam dipukul ribut, dan pada waktu itu aku kuatkan semangat aku, percaya sepenuhnya pada keupayaan dan ketahanan DISCOVERY II, dan alhamdulillah selamat sampai di Pulau Kapas. Waktu itu aku amat bersyukur, dan berfikir sejenak, bagaimana nelayan yang bertungkus lumus, bertarung nyawa, keluar tidak kire ribut atau tidak, hanya untuk mencari sesuap rezeki bagi diri sendiri dan keluarga. Heheheheheh...Itu adalah sebagian dari coretan pengalaman aku sepanjang bekerja di sini,dan semuanya akan mematangkan aku dalam meneruskan cabaran mengalas amanah ini sebaik mungkin. Gambateeeeeeeeee!!!!!!!!
2 comments:
hihihi..ganbatte!! :p chaiy0k br0~~
gambatte!!!!!!!heheheheh....
Post a Comment