AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA
A) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA KATEGORI PERTAMA
Angin kencang dari arah timur dengan kelajuan 40-50 kmsj dan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter yang berlaku di perairan Reef North, Layang-Layang, Condore dan Pahlawan dijangka berterusan sehingga 3 Mac 2009.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi dan sukan laut.
B) AMARAN RIBUT PETIR
Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Perak, Johor Timur, Pahang, Terengganu, dan Kelantan dijangka berterusan sehingga lewat petang, Selasa, 3 Mac 2009.
Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 40 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 2.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil
Sumber : Jabatan Meteorologi (Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi)
3 comments:
so..jgn main ujan..jgn main layang2..nanti putus talinyaa...jgn naik b0t..nanti karam..ahahaha!
patut laaa ko tak jadi g laut erk...
apocalyptica: baik menurut perintah
cik azera: Betul betul betul
Post a Comment