Sunday, August 30, 2009

MERDEKA

Assalamualikum and a very good evening

Tahun ini, 52 tahun kita menyambut satu hari di mana kita telah dilepaskan dari belenggu penjajah....tanggal 31 ogos 1957, di kala perdana menteri pertama yg juga bapa kemerdekaan tanah melayu ketika itu berteriak melaungkan 'MERDEKA', sebanyak 7 kali.....dalam 52 tahun kta merdeka,banyak perkara yang telah negara lalui untuk mencapai ke tahan seperti sekarang ini, suka dan duka, pengorbanan, dan segalanya, hanya bumi bertuah ini sahaja yg telah menyaksikan bagaimana titisnya keringat, darah para pejuang, dan juga pengorbanan semua dalam mengekalkan kedaulatan dan kemakmuran yang bagi aku, generasi sekarang nikmatinya....walaupun aku sebagai generasi muda, tidak pernah tinggal atau mengalami suasana susahnya semasa zaman komunis, zaman darurat, zaman perang, tetapi cerita - cerita yang aku dengar, pembacaan cukp utk aku membayangkan betapi syukurnya aku hidup di masa ini, di mana setiap orang, tidak kira tua muda, tidak kira melayu, cina, india boleh hidup bersama, bekerja bersama, makan bersama, bebas ke mana - mana sahaja tanpa batasan, semua org bebas untuk bercakap(seperti termaktub dlm perlembagaan).....

namun, dewasa ini, kita disajikan dengan beberapa perkara yang pada himahku, cubaan cubaan untuk mengganggu gugat keselamatan negara, keharmonian negara, seolah - olah kita seperti membuka pekung di dada kita sendiri, cuba menunjukkan kepada dunia yg kita ini tidak aman dan tidak stabil..apakah faedahnyaa kepada negara dan rakyat, apa yg ingin kita tunjukkan kepada dunia, sedangkan negara seperti amerika menggelakkan kita, ketawa melihat situasi kita ini, bertepuk tangan kerana ini yang ingin mereka lihat, kita, bercakaran sesama kita, tidak bersatu hanya kerana ingin memenuhi kemahuan sesetengah pihak, dan yg menyedihkan, melihat bangsa kita sendiri, melayu, bercakaran sesama sendiri, tidak bersatu dan mengikut perasaan kita sendiri...sedangkan sepatutnya kita buang perbezaan ideologi pilitik kita, bersatu atas nama bangsa melayu yang beragama islam, bersama - sama menjaga negara kita yang tercinta, namum sedih bila melihat bangsa melayu sendiri sanggup menggadai maruah dan bangsa melayu itu sendiri semata - mata untuk melihat bangsanya sendiri jatug dan tersungkur....

jangan sampai negara kita tergadai, keharmonian dan kemakmuran yang kita kecapai semala 52 tahun ini ilang, hanya kerana kita bercakaran sesama kita sendiri, negara ini kita warisi dari zaman dahuli lagi, dan jangan kerana kita, kita gadaikannya....dan ingatlah, bahawa kita masih ada lagi generasi yang bakal mewarisi negara ini, dan jangan tinggalkan legasi yang tidak baik kepada generasi yang akan datang..sama - sama kita berdoa agar negara kita kekal aman, stabil dan makmur.....

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE - 52
MALAYSIA NEGARAKU TERCINTA

1 comment:

✿Cik_Azera said...

wahh..patriotik nya anda.. ('',)